Saturday, August 17, 2013

Jangan Lupa!!

 

Salam.

Masih ada sesetengah dari kita yang masih culas atau ambil ringan dalam pemgambilan air kosong  Tidak kiralah sama ada anda sedang menurutkan berat badan ,sedang mengambil supplement tambahan ataupun menyusu badan. Semuanya memerlukan ANDA, mengambil air dengan cukup.

Sering kali juga customer datang mengadu yang masalah mereka tidak selesai walaupun sudah mengambil supplement dengan cara yang betul. Sering kali juga di ingatkan yang anda perlu minum air dengan cukup. Sayangnya ramai yang masih belum memahami akan kepentingan air kosong pada sistem badan kita.

Bila saya kata 3 liter air masak, maknanya 3 liter air masak, bukan 3 liter air atau minuman lain. Kecuali kalau anda memang tak boleh nak telan air masak langsung.

Kenapa?

Sebabnya:-

1- Air masak/air kosong/air mineral sangat-sangat berbeza dengan air minuman yang berperisa dan berwarna-warni tu.
2- Minuman yang mengandung kafein seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya bersifat diuretik iaitu bertindak mengeluarkan air dari badan (melalui kencing).
3- Minuman bergula merangsang tindakan pankreas.
4- Air di dalam minuman berperisa (termasuk jus) digunakan untuk memproses minumpan tersebut dalam badan kita.

Jadi, minumlah 3 liter air masak sehari, bukan 3 liter minuman. Penting sangat sebab air amat diperlukan untuk fungsi-fungsi badan, lebih2 lagi bila ambil suplemen.

Jangan lupa ya! Mulakan dari sekarang!

Credit to : Vitamin semulajadi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...