Saturday, May 19, 2012

Kenapa gemuk selepas bersalin?

 

images
Anda bertuah sekiranya badan turun ke tahap normal selepas bersalin. Bagi kebanyakkan orang mengandung dan bersalin menjadi alasan konkrit untuk menjelaskan kenapa badan mereka semakin gemuk.


Antara faktor yang menyebabkan berat badan meningkat semasa hamil dan selepas bersalin ialah:

  • Paras hormon yang tinggi. Hormon mengandung meningkatkan pengumpalan lemak dan air dalam sel. Jadi berat badan mudah naik.
  • Keadaan fizikal yang kurang aktif dan pembakaran lemak yang jarang berlaku.
  • Makan mengikut nafsu. Boleh makan, tetapi ikutlah gizi pemakanan dan ambil dalam jumlah yang betul.
  • Mengalami masalah kencing manis semasa mengandung.

Penambahan berat badan yang ideal semasa mengandung ialah 8 - 12 kg. Anda perlu merancang secara serius dan mengikut langkah-langkah yang disarankan oleh doktor sekiranya berat badan melebihi sepatutnya.

 
Waktu Yang Sesuai Untuk Berdiet
Pengawalan berat badan semasa mengandung cukup penting. Diet yang sesuai bagi ibu mengandung ialah makanan rendah lemak, tetapi kaya dengan vitamin dan serat. Ibu mengandung digalakkan melakukan senaman terutamanya yang melibatkan otot-otot pelvik.
Sebaik sahaja bersalin, senaman kurang sesuai dilakukan kerana ibu perlu berehat bagi menyembuhkan luka pada vagina (kelahiran normal) atau perut (kelahiran caesarean). Ibu memerlukan vitamin dan kalsium tambahan bagi memastikan penyusuan yang sempurna. Jangan ambil makanan berlemak atau terlalu masin pada waktu ini.
Selepas 3 bulan bersalin, pemulihan ibu sudah sempurna. Usaha untuk mengembalikan bentuk badan atau berat badan yang unggul perlu dititikberatkan. Pelajari cara dan panduan untuk menurunkan berat badan yang betul (Rahsia Diet Wanita dan Ingin Langsing) dan jangan lakukan diet secara membuta tuli, ini boleh menjejaskan kesihatan anda.


Diet Bagi Ibu Yang Menyusukan
Diet ideal ialah makanan yang tinggi kandungan protein dan vitaminnya. Kalori juga harus dikira supaya ada penyusutan berat badan.
Perlu diingat, kalori yang sesuai bagi ibu menyusu adalah sekitar 2500 kcal. Kalau terlalu kurang, dikhuatiri kualiti susu yang dihasilkan tidak memuaskan.
Oleh itu wanita menyusu memerlukan Vitamin D, ibu perlu memastikan bahawa susu yang diminum itu mempunyai vitamin. Lebihkan sedikit hidangan daging daripada biasa dan satu biji telur. Ia bertujuan memberi protein tambahan , selain mengandungi banyak vitamin B dan ferum.


Sumber diet Vitamin A yang banyak disarankan diambil setiap hari. Walaupun jumlah keseluruhan kalori yang yang terdapat dalam diet yang dicadangkan ini bergantung kepada pilihan makanan sebenar yang dibuat, memang ada kemungkinan jumlah tenaga harian tidak dapat dipenuhi melainkan beberapa makanan tambahan diambil.
Saiz hidangan daging, bijirin dan sayuran boleh ditambah. Beberapa makanan bergoreng atau tambahan sedikit lemak dalam sos salad atau sapuan pada roti, boleh disertakan untuk memenuhi keperluan tenaga badan. Beberapa jenis pencuci mulut (desert) juga boleh ditambah.

source :http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/06/kembali-langsing-selepas-bersalin.html

contact

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...