Thursday, May 17, 2012

Excema dikalangan kanak-kanak kecil.

EXCEMA adalah salah satu antara penyakit kulit yang sering dihadapi oleh para ibu bapa. Dulu, Adam Nuqman pun terkena excema juga. Cuma sayangnya masa itu saya belum kenal dengan Shaklee lagi. Pada mulanya saya ingatkan Adam terkena alahan susu semasa menyusu. Biasalah, dengar cakap orang tua-tua. Walaupun pada ketika itu saya pelik juga bagaimana susu badan yang terkenal dengan khasiatnya boleh menyebabkan sakit kulit pula.

DSC00692

Masih ingat lagi masa itu kami dah cuba pelbagai krim pada wajah Adam. Tapi, masih tidak berubah sehinggalah kawan kepada mama saya bercerita tentang sebuah klinik kulit di Jalan Laut ( kalau tidak silap, kerana saya sudah lupa) . Saya bertanya kepada doctor tersebut perihal penyakit Adam dan bermula dari situlah baru saya tahu apa itu Excema. Doctor kemudiannya membekalkan sejenis krim sapu untuk Adam dan Alhamdullilah sehingga kini kulit Adam cantik dan lembut.

Sebenarnya, sehingga kini, punca sebenar eczema masih belum dikenalpasti dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang mencetuskan eczema seperti berikut:

Faktor-faktor Dalaman (Fizikal)

  • Ahli keluarga yang mempunyai sejarah yang mengalami penyakit eczema, asma atau allergi rhinitis.
  • Perubahan emosi yang ketara seperti keresahan dan stres.
  • Pemakanan dan minuman seperti alkohol, makanan tenusu, gandum, telur, makanan laut, pengawet dan pewarna makanan.

Faktor-faktor Luaran (Persekitaran)

  • Bahan-bahan iritasi: Asap rokok, bahan-bahan kimia, cuaca yang terlalu panas dan lembap atau di sebaliknya.
  • Alahan (Allergens): Sabun, syampu, serbuk bahan pencuci, kosmetik, kulat, debunga, haiwan peliharaan dan hama habuk rumah (house dust mites).

credit to : http://primedicare.com/index.php/sumber/13-eczema

Kini, ibu bapa tak perlu gusar kerana Shaklee dapat membantu masalah excema ini.

Meal Shakes : Berperisa Vanilla yang sangat lazat. Multivitamin yang turut membantu meningkatkan imunisasi sistem anak-anak.

Basic H : Boleh dijadikan mandian buih untuk anak-anak. Mereka pasti suka. Terdapat banyak lagi kegunaan Basic H untuk kegunaan harian anda. Pelbagai kegunaan basic H di sini.

Herbal Blend Cream : super-moist cream yang mengikat kelembapan kulit dan diperkaya dengan sari tumbuhan yang sangat bagus untuk kulit.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

contact

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...