Thursday, March 29, 2012

Kepentingan Hemoglobin pada wanita hamil.

SALAM

Kali nih nak sharing pasal HEMOGLOBIN pulak. Like seriously, before nih memang tak pernah ambil tahu pasal HB. Dah berbulan kena hospitalized baru tahu bahayanya kalau HB kita low. Sepanjang saya di hospital, dah jumpa 2 kes wanita hamil tapi HB dia rendah. Yang saya perasan, muka memang nampak pucat dan biasanya doc akan masukkan air dalam badan berpain-pain. Patient sebelah saya 11 pain air kena masuk dalam badan. Pergh..

Apa itu hemoglobin?
Hb atau Hemoglobin merupakan pengangkutan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan.

Kaitan Anemia dan HB.
Anemia merupakan keadaan dimana berlakunya kekurangan Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

Tanda2 nak gejala Anemia.

Genjala yang biasa berlaku :


● Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan
● Kelihatan pucat
● Kesukaran bernafas / sesak nafas
● Loya
● Mengalami debaran (palpitasi) - degupan jantung yang cepat
● Sakit kepala dan pening
● Kerengsaan dan juga keradangan pada lidah
● Mudah lupa

Genjala yang jarang berlaku :
● Mengalami jaundis atau kekuningan, terutama pada kulit dan mata
● Sakit di bahagian perut atau abdomen
Punca berlaku Anemia.
Kurang pengambilan zat besi dan asid folik dalam diet seharian
Kehilangan terlalu banyak darah berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun haid.
● Proses pencernaan berlaku sedikit perubahan semasa hamil, ini boleh menyebabkan berlakunya anemia.
● Thalassemia
Siapa yang berisiko mengalami anemia.
● Wanita hamil yang mengalami masalah tidak dapat makan dengan baik akibat loya atau muntah.
● Waniata yang hamil kembar.
● Wanita yang hamil dalam sela masa kehamilan yang singkat.
● Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang kekurangan zat besi lebih mudah mendapat anemia.
Bahaya Anemia pada wanita dan baby.
Kesan pada ibu :
● Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
● Tekanan darah tinggi (eklampsia)
● Keguguran
● Kematian

Kesan pada baby dalam kandungan :

● Kematian janin
● Kelahiran bayi yang tidak cukup bulan
● Kelahiran bayi kurang berat badan
 Tahap Anemia                                                                                                                                           .
< 6.9         Sangat Teruk
6.9 < 8.0   Teruk
8.0 < 9.5   Sederhana
9.5 - 10.5  Ringan
Tips atasi Anemia semasa hamil.
● Pengambilan supplement dan asid folik (Pengambilan zat besi bersama Vitamin C akan membantu penyerapan yang optimum.
Elakkan pengambilan zat besi bersama kalsium! )
● Makan makanan yang berzat setiap hari seperti sayuran hijau, bijirin, telur, daging, hati, kerang dan tauhu
● Rehat yang cukup
Sumber:*** rahsiavitamin.com

 P/S : Kurang HB semasa bersalin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...