Thursday, March 29, 2012

Testimonial : Kurang HB semasa bersalin

SALAM

Di ruang bicara kali ini, ececehh,,,macam ostajah pulak. :D. Okay tukar mode. Teet!! Entry nih nak sharing satu pengalaman peribadi dari salah seorang ibu yang pernah tumpah darah semasa melahirkan. Jom baca..

Dalam entri sebelumnya, ada saya nyatakan mengapa saya beria-beria mahu mengekalkan paras hemoglobin (hb) sekurang-kurangnya 12 atau 13. Jika anda pernah terbaca tentang perihal kelahiran anak ke-2 dan ke-3 saya , sudah 2 kali saya mengalami postpartum haerrmohage ( pph) atau dalam bahasa kita ialah tumpah darah yang saya alami ialah sejurus selepas melahirkan.

Apabila sudah melalui pengalaman pph ketika melahirkan anak ke-2, saya cukup takut. Walaupun darah berhenti dan tidak memerlukan penambahan darah, namun ia tetap sesuatu yang bahaya . Tumpah darah ketika bersalin adalah punca kematian utama di Malaysia.

Pendarahan waktu bersalin adalah punca kematian yang utama di Malaysia. Tumpah darah ini berlaku akibat kekenduran otot-otot rahim terutamanya di kalangan wanita yang terlalu kerap mengandung dan beranak. Begitu juga dengan wanita yang telah lanjut usia ketika melahirkan anak. Jika tumpah darah berlaku di kalangan wanita yang mengalami masalah kurang darah sudah tentulah ketahanan badannya lemah. Ini boleh menyebabkan maut. Wanita yang tahap darahnya tinggi ataupun normal jika mengalami masalah tumpah darah, masalahnya dapat diatasi tanpa menemui ajal.- Credit to Dr Hamid Arshad.

Kemungkinan pph berulang untuk anak seterusnya adalah tinggi. Sudah beberapa nurse dan doktor menyatakan kepada saya ketika mengandungkan baby ke -3 ini. Oleh kerana itu, saya memastikan paras hb saya tinggi. Teori saya, bila terjadi lagi sekurang-kurangnya saya punya darah yang banyak walaupun terpaksa kehilangan sebahagian..Huhu.

Seperti yang diramal, kelahiran ke-3, saya mengalami pph jugak dengan kehilangan darah yang lebih banyak berbanding sebelumya. Misi kata, kalau depa berhenti ‘massage’ perut saya ( procedur untuk uterus mengecut), darah memancut-mancut keluar.Alhamdulillah, uterus saya mengecut dan darah berhenti akhirnya. Seperti sebelum ini, saya tidak ada masalah pening atau nak pitam. Tekanan darah saya juga stabil.

Yang bestnya kali ini, saya mendengar perbualan doktor bertugas melaporkan kepada pakar yang hb sebelum saya ialah 13, after blood lost ialah 14. Pakar pun buat muka hairan. Adakah satu kesilapan? Macamana after blood lost boleh jadi tinggi. Tak kisah la, yang penting ia berada di lingkungan 12-13. Misi yang ikut doctor meronda pun kata pada saya . Muka awak pink saja..tak macam orang hilang darah.

Alhamdulillah, mungkin pada orang lain ( atau pakar) kehilangan darah 800cc itu tak banyak mana, tak akan pening dan sebagainya. Tapi bagi saya, ia tetap banyak. Kalau tak takkan dikategorikan sebagai tumpah darah. Kan..kan..

Apa yang saya amalkan untuk kekalkan hb pada paras 12-13. Selain memastikan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi,Pastinya saya mengambil Shaklee Vitalea with iron Formula ( multivitamin yang dilengkapi formula zat besi). Selain memberi tenaga dan 28 keperluan nutrient yang lain) , ia juga membekalkan sumber zat besi . Saya juga mengambil supplement iron yang dibekalkan oleh klinik kesihatan secara percuma. ( Yang ini selalu terbabas, tapi kalau vitalea tak pernah miss sebab memang dok atas meja kat tempat keja).

Suplemen untuk zat besi amat disarankan kerana sukar untuk kita mendapatkan bekalan yang secukupnya daripada pengambilan makanan sahaja. Sila rujuk petikan artikel di bawah.

This is why the amount of iron you need shoots up during pregnancy from 18 to 27 milligrams (mg) per day. Because it's hard to get enough iron through diet alone, the Centers for Disease Control and Prevention recommend that pregnant women take a daily supplement of 30 mg of elemental iron as a preventive dose. Many prenatal supplements contain that amount. -BabyCenter.com





sumber dari *** Real Ummu Shaklee

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

P/S: kepentingan-hemoglobin-pada-wanita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...