Ramai pendapat menganggap bahawa kolestrol adalah salah satu musuh tubuh dan membahayakan. Kolestrol sering dikaitkan dengan penyakit stroke dan juga penyakit jantung. Masalah koletrol juga boleh terjadi dikalangan kanak-kanak namun umumnya lebih kepada golongan tua dan sudah melewati usia menopause.
Apa itu Kolestrol ?
Kolestrol tidak dapat larut dalam darah.Zat didalam badan harus di angkut melalui aliran darah dengan operator yang disebut lipoprotein yang dihasilkan dari lemak dan protein.
Kolestrol merupakan lemak yang berada dalam tubuh manusia dan di haslkan oleh organ hati. Terdapat 2 jenis kolestrol iaitu LDL dan HDL. LDL adalah Low Density Lipoprotein ataupun kolestrol jahat yang mengakibatkan pemendapan pada arteri yang menjadi punca strok dan penyakit jantung. HDL atau High Density Lipoprotein pula adalah kolestrol baik yang tidak mengendap pada arteri dan juga berfungsi melindungi pembuluh darah dari Atesklerosis yakni terbentuk plak pada bahagian dinding pembuluh darah dan melindungi dari serangan jantung.
Dalam tubuh manusia , kolestrol tersebar di dalam bahagian-bahagian tertentu dalam tubuh manusia seperti kulit otot, saraf, otak dan juga jantung. Kadar kolesterol seseorang dapat diukur seperti gambarajah di bawah .
Pada kadar normal, seseorang mempunyai kadar kolesterol 160-200mg manakala apabila kolesterol melebihi 240mg seseorang berada di dalam bahaya dan mungkin meyebabkan gejala strok.
Gejala awal kolesterol tinggi ?
Selain berjumpa doktor, tanda-tanda lain yang menandakan anda mempunyai koleterol tinggi di dalam badan adalah seperti berikut:-
Jika anda mempunyai ciri-ciri seperti di atas lekas-lekas jumpa dengan doctor yer..
_________________________________________________________________________________
Reference:
Atherosclerosis (also known as arteriosclerotic vascular disease or ASVD) is a specific form of arteriosclerosis in which an artery wall thickens as a result of invasion and accumulation of white blood cells (WBCs).- wikipedia
No comments:
Post a Comment