Thursday, October 25, 2012

Rambut gugur selepas bersalin

Arghh...banyaknye rambut gugur selepas bersalinkan Ainna! Merata-rata rambut kat di atas lantai, atas tilam, atas bantal...erghh!!

Orang-orang tua kata sebab baby dah pandai menyembur. Betul ke? Macam mana nak atasi masalah rambut gugur ni? Takkan lah kena pegi Yun Nam kot..Aduss..botaklah macam ni. 

Jom saya share sedikit info tentang rambut gugur. Artikel ini di cilok dari GenkiMomma.net. ^_^

Dari segi fakta saintifik : 

(1) Wanita mempunyai anggaran 100 ribu helai rambut di atas kulit kepala. Secara purata, anggaran 100 helai rambut gugur setiap hari.

(2) Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh lebih banyak. Hanya sedikit sahaja rambut yang berada di dalam keadaan berehat, maka, hanya sedikit sahaja rambut yang gugur setiap hari. Oleh itu, semasa hamil, rambut anda biasanya akan lebih tebal dan lebih sihat.

(3) Selepas bersalin, tahap estrogen menurun (kembali pada paras normal) dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Dengan kata lain, lebih banyak rambut akan gugur.

(4) Dua, tiga bulan selepas itu, wanita akan mula mengalami keguguran rambut disebabkan perubahan hormon ini. Dengan kata lain, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Biasanya perlukan 6-12 bulan untuk kembali normal.

*Penting:
Keguguran rambut TIDAK dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu!!!

Apa yang ibu boleh lakukan/ amalkan?

(1) Potong rambut pendek sedikit agar rambut lebih mudah di urus, dan anda boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada bayi yang baru lahir (berbanding sibuk mengutip rambut di atas lantai!).

(2) Guna syampu yang diperkaya vitamin B, ada khasiat bunga telang, atau syampu/ krim yang berasaskan minyak kelapa/ pati santan.

(3) Guna sikat rambut yang lembut dan sikat dengan cermat untuk elakkan sikat menarik rambut dengan banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.

(4) Keringkan rambut basah terlebih dahulu, dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan lebih mudah gugur.

(5) Ambil makanan berkhasiat yang kaya dengan vitamin B, protein dan zat besi, selain daripada vitamin pre-natal (multivitamin) anda.

Apakah vitamin Shaklee yang dpaat membantu mengurangkan masalah keguguran rambut ini?

Anda boleh amalkan B-Complex (sumber vitamin B), Energizing Soy Protein (sumber protein), Vita-Lea (sumber multivitamin dengan zat besi) serta Zinc Complex.

Bagi yang sedang dan bakal menggunakan Set Berpantang (Confinement Set) Shaklee, jangan risau kerana vitamin-vitamin di atas sememangnya sudah ada di dalam Set Berpantang vitamin Shaklee. Anda hanya perlu tambah ESP yang sangat baik untuk beri tenaga kepada ibu berpantang, mencantikkan kulit serta membantu penyususan!

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...