Friday, April 20, 2012

[Testimonial Pengguna] Untuk kesuburan suami isteri

Ada pasangan yang dikurniakan cahaya mata sejurus berkahwin atau lebih glemer dengan nama “bunting pelamin”. Ada pasangan yang perlu menunggu lama dan ada juga yang sudah menjalani pelbagai rawatan kesuburan namun masih belum menerima rezeki anak. Kesihatan diri individu itu samada lelaki mahupun perempuan adalah faktor utama yang menentukan samada anda mampu menghasilkan sperma yang sihat bagi si suami atau telur yang matang bagi si isteri.
Jika semasa bujang anda sudah mengalami sebarang masalah berkaitan organ seks mahupun rahim, anda perlu bersedia dan berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan konsultasi atau rawatan yang bersesuaian. Sudah lumrah manusia yang dengan pantas menuding jari kepada si isteri jika mereka masih tidak dikurniakan anak walaupun sudah lebih setahun berkahwin.
Mengapa saya katakan tempoh SETAHUN sebagai penanda aras?? Saya ada membaca artikel di surat khabar yang menunjukkan peratusan untuk pasangan mendapatkan anak semakin rendah apabila usia perkahwinan semakin meningkat. Malah pasangan suami isteri dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar jika sudah berkahwin lebih daripada setahun bagi membuat pemeriksaan lanjut.
Saya ingin berkongsi mengenai artikel vitamin kesuburan daripada genkimomma yang menerangkan dengan jelas mengenai fungsi setiap vitamin bagi meningkatkan tahap kesuburan kedua-dua pasangan suami isteri. Terima kasih genkimomma untuk perkongsian yang menarik ini.
-------------------------------------------------------------
Berikut saya kongsikan salah satu feedback yang saya terima dari customer GenkiMomma. Gembira sungguh rasa hati ini apabila menerima kiriman SMS dari customer, setahun kemudiannya (21/02/2012), yang menyatakan beliau kini sedang mengandung 9 bulan, dan hanya menunggu hari untuk bersalin.***

 
"Salam Pn Arnie, saya Aza, masih ingat tak? Customer dari Sabah."
"Thank you kak arnie, nak buat testimoni tapi malas nak taip kat laman web akak, hehe, coz lepas makan shaklee saya mengandung, sekarang tengah tunggu hari jer untuk bersalin."***
"9 bulan lebih sudah, tinggal nak tunggu hari je."
Ini mesej dari Aza setahun yang lepas (05/03/2011):



 
"Salam arnie, saya aza nak tau pakej untuk ibu mengandung. Saya baca artikel semua pakej untuk yang dah mengandung, tak tau mana satu pakej untuk kesuburan. TQ."

Buat pengetahuan anda, Puan Aza membeli vitamin pakej penuh (BUKAN pek percubaan), dan vitamin di makan bersama-sama dengan suami (BUKAN diambil oleh isteri sahaja).

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...