Monday, June 11, 2012

Tips penyusuan susu ibu ketika berpuasa

 

Salam.

Bulan Ramadhan bakal menjelma kurang dari sebulan lagi. Bagaimana persediaan bagi breastfeeding mommies di luar sana? Mungkin ada yang risau susu ibu akan berkurang. Di sini saya nak sharekan sedikit sebanyak tips untuk persediaan menyambut ramadhan nanti . :)

sns

1. Penting mengambil makanan yg cukup & seimbang samada pada waktu sahur @ berbuka.

2. Banyakkan minum soya & susu

3. Bersahur pada lewat waktu

4. Lebih kerap mengepam & menyusui bayi

5. Sediakan stock lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum puasa

6. Banyakkan minum air, sekurang-kurangkan 3 liter ketika berbuka & bersahur

7. Banyakkan pengambilan protein (boleh menambahkan susu badan)

8. Pengambilan susu, kurma dan jus kurma mampu memberikan tenaga ketika berpuasa.

9. Makanan popular untuk tambah susu ialah soya, longan kering, barli, kucai, pegaga, pucuk betik, jantung pisang & halba

10. Sepanjang malam ketika boleh makan - susukan bayi sebanyak mungkin keran ia mampu untuk mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari

11. Jika perlu ambillah vitamin & makanan tambahan untuk mendapatkan tenaga sepanjang berpuasa

12. Elakkan minum ais kerana ia boleh mengurangkan  lagi produksi susu anda

13. Setiap kali sahur, makan 7 biji kurma. Untuk setiap biji yang dimakan, jangan lupa selawat ke atas Nabi saw & niat dlm hati untuk kekalkan penghasilan susu

14. Makan makanan yang lambat hadam ketika bersahur dapat mengelakkan cepat lapar (nasi & oat)

15.  Jangan terlalu penat atau beremosi sehingga menganggu penghasilan susu badan anda

16. Banyakkan berdoa dipermudahkan urusan

17. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah taala

18. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-Khauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan dahaga sepanjang waktu berpuasa

Namun jika anda masih memerlukan supplement untuk membantu anda, jangan segan-segan menghubungi saya untuk mendapatkan KONSULTASI PERCUMA ya :)

contact

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...